Friday, March 23, 2018

BERPANTANG BERSAMA SHAKLEE

PERLU KE SAYA BERPANTANG?


Seorang wanita telah mengunakan seluruh tenaga semasa proses melahirkan. Semasa proses bersalin, banyak darah telah hilang, hal ini boleh menyebabkan ibu mengalami masalah kekurangan darah yang boleh buat ibu keletihan dan lemah. Dalam masa yang sama, ibu juga perlu untuk menjaga anak, menyusu dan mengubah suai keadaan dengan kehadiran orang baru dalam hidup.

Walaupon tiada bukti kukuh yang menyatakan manfaat berpantang ni, tetapi amalan berpantang ni merupakan satu tradisi yang telah diturunkan dari generasi terdahulu untuk bantu ibu yang baru melahirkan berehat dan baik pulih daripada proses kehamilan dan bersalin yang memenatkan.

Pantang dalam konteks moden lebih kepada satu proses untuk baik pulih badan ibu dan sebagai peluang untuk ibu berehat dan kembali segar bertenaga sambil membina hubungan baru dengan bayi yang baru dilahirkan.



APA YANG TERBAIK?

Sepanjang tempoh berpantang, pilih apa yang terbaik untuk badan anda. Makan ikut keperluan badan ibu dan berikan nutrisi yang secukupnya sebagai bekal kepada anak dan untuk badan ibu kembali pulih. Yang paling utama, pastikan ibu cukup rehat. Di awal kelahiran, ibu sangat sangat perlukan bantuan dan rehat. Buat sekadar yang ibu mampu. Berpantang secara positif.

Pilih BERPANTANG SECARA TRADITIONAL? Tak salah. Buat ikut kemampuan badan ibu. Apa yang baik, amalkan, apa yang membebankan cuba tangguhkan dahulu. Ikut keselesaan ibu. 

Yang paling utama adalah untuk ibu dapatkan rehat secukupnya. Bantuan dari suami amat penting, anda sangat bertuah sekiranya ibu atau ibu mertua sudi untuk memberi bantuan sepanjang tempoh ini. Untuk kebaikan ibu juga untuk mengelakkan dari salah satu risiko selepas melahirkan seperti postpartum blues. 


BERPANTANG BERSAMA SHAKLEE

Tiada yang salah atau betul sepanjang proses berpantang. Yang penting adalah untuk ibu dapatkan nutrisi sebaiknya selepas melahirkan dan sepanjang proses menyusukan bayi.

Pilihan untuk berpantang adalah sama seperti Pilihan Set Mengandung Shaklee.


Fungsi semasa berpantang adalah untuk:

  • Sembuhkan rahim dengan cepat
  • Kuatkan semula peranakan yang jatuh
  • Beri kekuatan pada sendi dan tulang yang longgar semasa berpantang
  • Tambahkan darah yang hilang selepas bersalin
  • Sembuhkan luka jahitan dan laluan bayi
  • Tambahkan susu kepada anak
  • Buang darah nifas dengan lancar
  • Beri tenaga kepada ibu
  • Cantikkan kulit ibu
  • Lindung anak dan ibu dari demam semasa dan selepas berpantang  


Pilihan SET POSTNATAL SHAKLEE ini membekalkan nutrien penting untuk menyokong proses pemulihan, membantu mendapatkan kembali bentuk badan ibu, menambah tenaga dan menyokong kesihatan ibu di samping memberi bayi nutrisi yang mereka perlukan untuk membesar dengan kuat dan sihat.


Antara pilihan suplemen yang boleh diambil oleh ibu berpantang adalah:




Membantu mempercepat proses penyembuhan luka, memperbaiki struktur kulit; pembentukan kolagen, menguatkan imuniti badan ibu dan bayi. Dapat membantu mengurangkan untuk badan ibu dan bayi terkena risiko demam dan bentan sepanjang proses berpantang disebabkan oleh antioksidan yang tinggi di dalam vitamin C.


Vitamin C juga mampu untuk membantu mencuci rahim ibu. Secara amnya, Vitamin C sangat diperlukan untuk kesihatan gigi, gusi, tulang, kolagen dan hampir kesemua elemen yang membentuk tubuh badan kita. Ia perlu diambil setiap hari kerana badan memerlukannya setiap hari dan badan tidak dapat menghasilkannya sendiri.



2. VITALEA® with IRON FORMULA


Mengandungi 28 vitamin penting dan mineral utama yang diperlukan setiap hari untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan optimum.

Vitalea membantu meningkatkan penghasilan darah merah bagi mengelakkan ibu keletihan. Di dalam Vitalea ini terkandung zat besi yang sangat diperlukan oleh darah untuk menghasilkan sel darah merah yang kaya dengan oksigen bagi membantu menghasilkan lebih banyak sel darah merah yang banyak dan kaya.

Selain itu, di dalam 1 biji pil vitalea ini juga mengandungi zink yang mampu untuk mempercepatkan lagi proses baik pulih luka sama ada secara normal mahupon secara ceaser.


Apabila ibu cukup zat dan nutrisi, susu pon akan menjadi kaya dengan zat. Ibu akan menjadi cergas dan tidak letih sepanjang berpantang.


3. ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)


Makanan lazat yang kaya dengan kalsium and protein. ESP membantu membekalkan tenaga secara berpanjangan. Jadi ibu lepas bersalin akan rasa sangat cergas, tak cepat tertekan akibat keletihan dan dapat buat ibu rasa seperti tak rasa macam lepas beranak pon.

Protein yang dibekalkan juga mampu untuk membantu perbaiki luka bersalin ibu. Paling cepat, luka di bahagian luar, 2 minggu dah boleh cantik dah. Pastikan penjagaan kebersihan yang rapi untuk elakkkan jangkitan kuman.

Selain itu, ESP terbukti berkesan untuk memperbanyakkan susu badan ibu dan anak akan kenyang lebih lama serta membesar dengan sihat sebab banyak zat yang diperoleh dari susu ibu.

Tambahan lagi, ibu juga akan lebih cepat kurus dan kulit lebih berseri-seri. Selain itu, protein soya juga boleh membantu mengurangkan kolesterol.


Nota: Jumlah protein soya yang disyorkan untuk memberikan kesan penurunan terhadap kolesterol darah adalah 25g sehari.


4. OSTEMATRIX®


Diformulasi dengan kalsium, vitamin D, magnesium dan empat nutrien pembina tulang untuk membantu menjaga tulang, sendi dan gigi ibu.

Ostematrix membantu untuk membekalkan kalsium kepada ibu dan bayi bagi pembentukan tulang yang kuat, mengelak osteoporosis, melawaskan usus dan mampu untuk mengelak ibu dari terkena sembelit. 


Selain itu, kandungan kalsium yang kaya dalam Ostematrix mampu untuk membantu banyakkan kalsium dalam susu ibu seterusnya mampu meberi kesan kepada tulang yang kuat kepada anak.

Tambahan lagi, pengambilan ostematrix juga dapat membantu ibu untuk tidur lebih lena dan dapat mengelakkan insomnia sepanjang tempoh berpantang.


5. OMEGAGUARD


Membekalkan spektrum luas tujuh asid lemak penting yang mengandungi omega-3 bergred farmaseutikal dan dilengkapi dengan proses penyulingan proprietari molekul tiga peringkat. Ia kurang hanyor berbanding jenama lain yang terdapat di pasaran.

OmegaGuard mampu untuk membekalkan DHA dan EPA bagi perkembangan otak bayi yang menyusu susu ibu. Anak yang mengambil susu yang kaya dengan omega sememangnya terbukti lebih bijak.


Selain itu, kandungan omega-3 juga terbukti berkesan untuk membantu ibu mengawal emosi yang tidak stabil sepanjang tempoh berpantang.

Ia juga mampu untuk membantu ibu kembali kepada berat asal dengan fungsinya yang boleh membantu untuk memecahkan lemak yang terkumpul sepanjang kehamilan.



6. B COMPLEX


Vitamin B memainkan peranan penting untuk fungsi tubuh kerana ia membantu untuk menukarkan makanan kepada tenaga untuk sel-sel badan. Ini dapat memoptimumkan penghasilan tenaga.

Vitamin B juga sangat baik untuk kesihatan mental ibu. Dapat membantu mengelakkan episod meroyan. Kajia di US menunjukkan, mereka yang mengamalkan B Complex ini mengalami tahap tekanan yang semakin menurun.


Vitamin B12 yang terdapat di dalam B Complex ini juga membantu untuk proses pembentukan sel darah merah bagi membantu ibu baik pulih dan tambah darah setelah kehilangan semasa proses bersalin.


7. ALFALFA COMPLEX


Alfalfa merupakan jamu moden yang kaya dengan nutrien dan mineral untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan ibu-ibu terutamanya yang menyusukan anak.

Ia sangat membantu untuk seimbangkan hormon wanita, kesihatan sistem reproduktif wanita, dan banyakkan susu badan.


Alfalfa merupakan jamu moden yang boleh membantu untuk cepatkan proses kecutkan rahim, mengetatkan faraj semula, membantu membuang lemak dan air bertakung semasa mengandung.


PERINGATAN:ELAKKAN ALFALFA SEKIRANYA ANAK MENGALAMI JAUNDICE SEMASA TEMPOH BERPANTANG



Untuk dapatkan PILIHAN SET BERPANTANG yang berkualiti tinggi boleh dapatkan dari:

MekLing Jangoxs
SID: 1246332
FB: Tuan Leen
FB Page: MekLing Jangoxs
Instagram: MekLing Jangoxs
WhatsApp: 0129482998


PENAFIAN: Kenyataan ini tidak dinilai oleh Bahagian Pentadbiran Makanan dan Dadah. Produk-produk yang dipaparkan bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Tuesday, March 20, 2018

PREGNANCY: WEEK 35

KEHAMILAN KEDUA: MENGANDUNG MINGGU KE-35



Jarak Kehamilan?
35 minggu

Jumlah berat naik/ berat badan: 6.5KG, 68KG

Baju mengandung: Belum. Tak selesa pakai baju mengandung. Rasa besar sangat perasaan tu. So, decide pakai baju yang besar-besar. Nasib memang jenis beli baju besar.

Stretch marks: Last 2 weeks punya parut yang dekat paha, makin menghilang. Duk gigih sapu Herbal Blend tiap masa kan. Alhamdulillah.

Tapi! Tapi! Stretch marks tu berpindah pergi dekat bahagian lain pula. ALamak!! First time ni. Dula mengandung Amanda tak dak pon. Walau berat naik tak samapi 10KG pon lagi, tapi ini adalah berat badan paling berat pernah jejak ni.

Mungkin sebab tu juga kulit merengang. Adui. Itulah. Vitamin C duk konsisten makan setiap masa, sebab nak optima penyerapan iron kan. Tapi ESP terskip-skip pula. Yela dah kenyang lepas amik vitamin tambah darah tu.

Nak kena konsisten balik minum ESP ni. Bagi kulit merengang cantik. Tak nak lah ada kesan rekahan yang nyata kan. Tak sedap mata sendiri memandang.

Dari luaran, kena rajin sapu herbal blend lah.

Tidur: LENA sangat! Terlebih lena. Bangun pagi segar je. Cuma kadang-kadang kalau nak terkencing sangat-sangat berjaga juga tidur malam ku. Jadi, sebelum tidur, kencing dulu. Boleh tidur lena. *wink wink

Rahsia MekLing masih setia amal ostematrix sebelum tidur. Tapi dah up ke 3 biji sebelum tidur. Kalau tak cukup ambik nanti, mulalah sakit-sakit badan. Lenguh. Ya paling MekLing takut sakit pinggang lah. Seksa kalau kena. Pedih macam keras sangat je.

Moment terbaik sepanjang minggu: Minggu ni, hah. Tok Laki rajin mengemas rumah. Selepas dia mengemop 1 rumah haritu, setiap hari menyapu. pastikan bersih. Segar mata MekLing.

Pergerakan: Banyak. Tapi tak da dah tendangan yang berdebush-debush sekarang, lebih kepada baby mengeras. Kena peka sikit lah. Kadang tak sedar. Rasa tu rasa tapi terlupa kira.

Food cravings: Entah. Tak dak minggu ni. Selamat BangMir

Makanan yang buat rasa tak selesa: Masih lagi makanan bergoreng. Bertumis. 

Gender: suprise!!

Tanda labour: Belum lagi.

Belly butoon in or out? 
Out.

Wedding rings on or off?
OFF

Gembira atau moody sepanjang masa: Gembira. Ready for new baby. *eh?

Waktu paling ditunggu: Mak datang. Nak pergi beranak. Tak sabar pula rasanya.


RUMUSAN CHECK UP DENGAN KKIA BUKIT CHANGGANG

Alhamdulillah, semua ok. HB mencanak naik dari 10.9 ke 11.7 kot. First time dapat skor 11.7. Ingat senang nak capai 11.5 keatas bagi orang macam MekLing ni?

Salah makan sikit terus drop. Nak buat macam mana, kena usaha dah iktiar jaga jela kan. ye dak?

Tips dia:

>> Amal Pil Iron 2 jam sebelum makan
>> Ketika perut kosong
>> Bersama Vitamin C

Kalau macam MekLing, MekLing pilih untuk ambik vitamin tambah darah dari Shaklee. Ada 3 serangkai. VitaLea, B Complex dan Vitamin C.

Kena gabung tiga ni sekali, baru result dia mantap. VitaLea ada iron. B Complex ada asid folik. Vitamin C untuk bantu penyerapan lebih optima. So, kena makan sekali. Pada waktu yang sama. Together-gather!

Ni lah Vitamin Tambah Darah yang MekLing konsisten amal.


Semakin dekat menunggu hari, semakin berdebar pula rasanya. Tak sabar pon ada. Semoga semua dipermudahkanlah. Amin. Amin,



Untuk dapatkan sebarang produk kehamilan sepanjang tempoh hamil yang berkualiti tinggi ini boleh dapatkan dari MekLing okay.




MekLing Jangoxs
SID:1246332
FB: Tuan Leen
FB Page: MekLing Jangoxs
Instagram: MekLing Jangoxs
WhatsApp: 0129482998


PENAFIAN: Kenyataan ini tidak dinilai oleh Bahagian Pentadbiran Makanan dan Dadah. Produk-produk yang dipaparkan bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Thursday, March 15, 2018

PREGNANCY: WEEK 33

KEHAMILAN KEDUA: MENGANDUNG MINGGU KE-33


Jarak Kehamilan?
33 minggu

Jumlah berat naik/ berat badan: 6.5KG, 68KG

Baju mengandung: Belum. Tak selesa pakai baju mengandung. Rasa besar sangat perasaan tu. So, decide pakai baju yang besar-besar. Nasib memang jenis beli baju besar.

Stretch marks: Pandangan mata semakin jelas kelihatan. Adakah disebabkan pertambahan berat badan yang melampau. Heaviest in my life ni so far. Tak pernah jejak 68KG. Mungkin sebab tu ada regangan kot.

Tapi kat perut tak ada. Yang ada di paha. Tapi! Tapi!

2 3 hari je jelas nampak merah-merah nak pecah tu. Sebab MekLing rasa tak tahan nak tengok sangat, so, try-try je ambik Herbal Blend sapu. Esok tengok, eh, macam pudar. Lusa tengok eh, dah ok. Tak da berupa seperti mahu pecah-pecah lagi.

Sekarang dah tak nyata. Alhamdulillah.

Tidur: LENA sangat! Terlebih lena. Bangun pagi segar je. Cuma kadang-kadang kalau nak terkencing sangat-sangat berjaga juga tidur malam ku.


Rahsia MekLing masih setia amal ostematrix sebelum tidur. Tapi dah up ke 3 biji sebelum tidur. Sebab 2 biji je dah tak cukup nak tampung keperluan kalsium. Kan baby dah membesar, perlu lebih-lebih lagi.

Kalau tak cukup ambik nanti, mulalah sakit-sakit badan. Lenguh. Ya paling MekLing takut sakit pinggang lah. Seksa kalau kena. Pedih macam keras sangat je.

Moment terbaik sepanjang minggu: Bila Suami Tercinta berusaha pergi cari Air Cincau di malam buta demi Isterinya. Terasa sweetnya laki aku.

Pergerakan: Banyak. Tapi tak da dah tendangan yang berdebush-debush sekarang, lebih kepada baby mengeras. Kadang-kadang terasa baby bergerak sampai senget perutnya. Macam-macam bentuk terjadi dah hah.

Food cravings: Nasi Kandar! Dapat dah semalam.

Makanan yang buat rasa tak selesa: makanan bergoreng. Bertumis. 

Gender: suprise!!

Tanda labour: Belum lagi.

Belly butoon in or out? 
Out.

Wedding rings on or off?
Tak muat dah. sob sob.

Gembira atau moody sepanjang masa: Gembira. Ready for new baby. *eh?

Waktu paling ditunggu: Nak pergi beranak. Eh?! Eh!



RUMUSAN CHECK UP DENGAN KKIA BUKIT CHANGGANG

Alhamdulillah, semua ok. HB pon dah naik selepas habis craving teh ais cincau. MekLing memang sangat sensetip dengan apa sahaja yang bernama kafein. HB memang akan sangat effect lepas minum teh. Tapi sebab hartu tersangat lah terliur. Minum lah juga kan. Tapi Alhamdulillah, bacaan HB makin naik.

Asbab konsisten ambik pil tambah darah juga kot. Dan rahsia lagi, amal pil ni sebelum atau selepas 2jam makan. Terbaik absorption dia. So, dapatlah jaga HB tu. Lagi satu, amal pil iron tu dengan vitamin C tau. Lagi optima penyerapan iron tu.

Ni Vitamin Tambah Darah yang MekLing konsisten amal.



Yang lain, ok. kepala baby pon dah rotate ke bawah. Sembang-sembang je dengan misi. Tapi kena repeat every 2 weeks jumpa mis dah lah sekarang. Makin dekat. Makin kerap lah kena bercinta.


Nilah Herbal Blend yang MekLing buat sapu hilangkan stretch marks tu. Ambik yang Amanda punya. Amanda guna untuk sapu ruam, senseti masih diaper kan. Tumpang lah sekaki.

1 tube ni tahan sehingga 2 tahun yang last beli. Yang ni tak tahu lah berapa lama bertahan. Sebab pengguna nanti akan bertambah. Dah standby untuk baby juga. Takut terkena ruam susu macam Amanda juga dulu. Kulit baby kan sensetip.

So, kita prepared awal-awal. Senang nanti tak kalut.



Untuk dapatkan krim Herbal Blend yang berkualiti tinggi ini boleh dapatkan dari:

MekLing Jangoxs
SID:1246332
FB: Tuan Leen
FB Page: MekLing Jangoxs
Instagram: MekLing Jangoxs
WhatsApp: 0129482998


PENAFIAN: Kenyataan ini tidak dinilai oleh Bahagian Pentadbiran Makanan dan Dadah. Produk-produk yang dipaparkan bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Monday, March 12, 2018

KELEBIHAN B COMPLEX SHAKLEE

B complex Shaklee mengandungi kesemua 8 jenis Vitamin B yang lengkap yang diperlukan oleh badan yang perlu diambil pada masa yang sama iaitu:
  • Vitamin B1 (thiamine)
  • Vitamin B2 (riboflavine)
  • Vitamin B3 (niacin)
  • Vitamin B5 (pathotenic acid)
  • Vitamin B6 (pridoxine)
  • Vitamin B12 (cyanocobalamine)
  • Asid folic dan biotin


Selain itu, B complex Shaklee mempunyai penyaluran zat makanan berpaten untuk meningkatkan penyerapan nutrien penting iaitu asid folik. Yang mana jumlah asid folik yang terkandung adalah mencukupi untuk wanita hamil bagi membantu mengurangkan risiko kecacatan pada bayi.

Tambahan lagi, harga yang sangat berpatutan yang ditawarkan yang datang lengkap kesemua vitamin B yang diperlukan oleh badan.



KELEBIHAN B COMPLEX BUAT IBU HAMIL

  1. Membantu dalam pembentukan dan aktiviti sel genetik.
  2. Mencegah anaemia.
  3. Membekalkan asid folik yang sangat penting untuk mencegah kecacatan janin.


KELEBIHAN B COMPLEX BUAT ORANG DEWASA
  1. Menambahkan tenaga
  2. Membantu mengurangkan stress
  3. Melambatkan proses uban dirambut
  4. Membantu meningkatkan konsentrasi


KELEBIHAN B COMPLEX BUAT KANAK-KANAK
  1. Merangsang pertumbuhan
  2. Meningkatkan kemampuan berfikir
  3. Memberi tenaga tambahan

KELEBIHAN B COMPLEX BUAT IBU YANG SEDANG BERPANTANG
  1. Memberi tenaga dan keseimbangan hormon
  2. Mengelakkan daripada post partum depression (meroyan)



Untuk dapatkan B-COmplex yang berkualiti tinggi boleh dapatkan dari:

MekLing Jangoxs
SID:1246332
FB: Tuan Leen
FB Page: MekLing Jangoxs
Instagram: MekLing Jangoxs
WhatsApp: 0129482998


PENAFIAN: Kenyataan ini tidak dinilai oleh Bahagian Pentadbiran Makanan dan Dadah. Produk-produk yang dipaparkan bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Tuesday, March 6, 2018

KELEBIHAN HERBAL BLEND

PENJAGAAN PERIBADI HARIAN

HERBAL BLEND MULTI-PURPOSE CREAM
Kulit Berhak Mendapat Belaian Lembut



Herbal Blend Multipurpose Cream ni adalah krim sapu yang berbeza dari krim-krim yang lain kerana ianya dibuat tanpa paraben!


APA ITU PARABEN?

Paraben adalah bahan kimia yang digunakan sebagai pengawet untuk menjadikan sesuatu bahan itu bertahan lebih lama. Ia digunakan untuk melawan bakteria dan kulat. Hampir semua paraben yang digunakan sebagai bahan pengawet adalah buatan manusia dan bukan dari sumber semulajadi.

Paraben ini boleh diserap melalui sistem kulit, darah dan penghadaman. Tanpa kita sedari Paraben ada di mana-mana seperti di dalam alat solek atau kosmetik, syampu, gel pembersihan, dan ubat gigi.


BAHAYA PARABEN
  • Paraben boleh memasuki salur darah walaupun hanya disapu atas bahagian kulit.
  • Paraben boleh menyebabkan alergik dan ruam kulit terutamanya yang mempunyai kulit sensitif.
  • Walaupun penggunaan paraben dalam kuantiti yang amat rendah, tetapi dalam jangka masa yang panjang boleh menyebabkan masalah kulit yang serius.
  • Menyebabkan proses penuaan kulit lebih cepat
  • Meningkatkan risiko wanita membangunkan estrogen-positif kanser payudara
  • Mengganggu sistem pembiakan lelaki.

Krim Herbal Blend ini dapat membantu melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah pada lutut, siku serta tumit kaki. Krim ini memberi rasa nyaman. bermentol dan tidak meleket. Ia dibuat daripada extrak herba semulajadi yang menenangkan termasuk sage, horse chestnut, yarrow dan rosemary.



ANTARA KEGUNAAN HERBAL BLEND
  1. Membantu mengatasi masalah eczema
  2. Merawat kulit gatal akibat serangan gigitan serangga
  3. Melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah pada lutut, siku dan tumit kaki
  4. Menghilangkan parut seperti parut chicken pox
  5. Melegakan ruam pada bayi
  6. Merawat kesan luka
  7. Membantu membuang angin pada perut

TESTIMONI:

1. KESAN PARUT




2. KULIT SENSETIF

*akibat permakaian stoking dalam tempoh yang lama

*kesan selepas bercukur akibat penggunaan pisau cukur semasa tempoh berpantang


3. ECZEMA



4. RUAM




Untuk dapatkan krim Herbal Blend yang berkualiti tinggi ini boleh dapatkan dari:

MekLing Jangoxs
SID:1246332
FB: Tuan Leen
FB Page: MekLing Jangoxs
Instagram: MekLing Jangoxs
WhatsApp: 0129482998


PENAFIAN: Kenyataan ini tidak dinilai oleh Bahagian Pentadbiran Makanan dan Dadah. Produk-produk yang dipaparkan bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Monday, March 5, 2018

KEPENTINGAN KALSIUM



Kalsium adalah salah satu mineral penting yang diperlukan oleh tubuh badan manusia. Kalsium memainkan peranan yang sangat penting bagi kesihatan tulang. Kalsium juga membantu mengekalkan dengupan jantung, fungsi otot dan lain-lain lagi.

Kalsium sangat diperlukan seawal dari kelahiran lagi. Apakah kepentingan kalsium bagi peringkat umur yang berbeza?

Dewasa



  • Menguatkan Tulang
  • Mencegah Obesiti
  • Melindungi Otot Jantung. Kalsium melindungi otot jantung anda.
  • Mengelakkan Kanser Kolon
  • Mencegah Blues Pra-haid
  • Mencegah Batu Karang
  • Memastikan Tahap pH Alkali Yang Sihat
  • Kawalan Tekanan Darah
  • Mengekalkan Gigi dan Gusi yang sihat
  • Membantu Pengangkutan Nutrien


Ibu Hamil


  • Bantu penghasilan saraf dan otot bayi di dalam kandungan
  • Memastikan ibu tidak mengalami masalah sakit belakang
  • Membantu gigi ibu dan bayi sihat
  • Mengelakkan Osteoporosis
  • Membantu penghasilan jantung bayi yang lebih sihat
  • Memudahkan ibu bergerak
  • Memastikan tulang ibu kuat


Ibu Menyusu


  • Merehatkan otot rahim yang mengecut semula mahupun sewaktu kedatangan haid.
  • Mengelakkan masalah kekejangan sewaktu proses penyusuan



Kanak-kanak


  • Menyokong kesihatan tulang untuk tumbesaran & mengelakkan masalah tulang rapuh.
  • Membantu fungsi sistem otot dan sistem saraf bekerja dengan sempurna.
  • Membantu pengeluaran hormon dan enzim dalam tubuh kanak kanak.

Kalsium juga boleh didapati dalam bentuk makanan tambahan, suplemen bagi menyokong keperluan harian yang tidak dapat diperolehi sepenuhnya dari makanan sahaja. Shaklee mengeluarkan produk Ostematrix yang lengkap mengandungi kalsium, magnesium, vitamin D dan mineral lain yang diperlukan yang perlu diambil pada masa yang sama untuk penyerapan yang lebih optimum.




Untuk dapatkan produk Ostematrix yang berkualiti tinggi boleh dapatkan dari:

MekLing Jangoxs
SID:1246332
FB: Tuan Leen
FB Page: MekLing Jangoxs
Instagram: MekLing Jangoxs
WhatsApp: 0129482998


PENAFIAN: Kenyataan ini tidak dinilai oleh Bahagian Pentadbiran Makanan dan Dadah. Produk-produk yang dipaparkan bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.