Saturday, January 26, 2013

Resepi Gulai Ayam Kampung


hari ni memang hari masak sedunia agaknya
dari breakfast
ke lunch 
ke dinner

bertapa di dapur
bukan setakat dapur mak aku je
dapur kat umah kakak pon sekali kene masak
tapi rasa puas
rasa seronok puler

untuk dinner we are having the ayam kampung
masakan ni, 
kami di sini panggil gulai
kalau kat tempat lain ada yang panggil masak kari

memang febret gulai ni
lebih-lebih lagi ayam kampung
dan tambah syok
tambah-tambah kalau makan gan lempeng nyior
hehehe

untuk seekor Ayam Kampung

Bahan-bahan:

untuk dimayang
1. 2-3 biji bawang merah
2. 2-3 bawang putih
3. 2 cm halia

4. 2-3 biji bunga cengkih
5. 1 batang kulit kayu manis
6. 2-3 buah pelaga

7. Satu senduk lada giling/cili boh (secukup rasa)

rempah(untuk dikisar)
8. Bawang merah
*lebih sedap kalau lebih bawang merah untuk masakkan ayam kampug.
  bak kate orang terengganu "baru bagkit"
9. 1 cm kunyit
10.2 cm halia
11.2 cm lengkuas
12.5 ulas bawang putih
13.2 sudu besar rempah gulai ayam/secukup rasa
14.2 sudu besar kerisik

15. Belacan secukup rasa
16. Asam jawa secukup rasa/asam keping(orang lama-lama stail)
17. Gula melaka secukup rasa
18. Gula secukup rasa
19. Garam secukup rasa
20. Perasa secukup rasa
21. Santan
22. Ubi kentang
23. Ayam



langkah-langkah:

1. Panaskan periuk dengan minyak secukupnya
2. masukkan bahan-bahan yang telah di mayang
3. panaskan hingga sedikit garing
4. masukkan bunga cengkih,buah pelaga dan kayu manis
5. tumis sebentar

6. masukkan lada giling
7. tumis sehingga naik minyak, baru cantik

8. masukkan bahan dikisar

9. tumis kehingga garing gitu.sampai dia didih merenjit-renjit. jaga-jaga masa ni die macam gunung berapi, letup-letup.
10. masukkan belacan, asam jawa, gula melaka, gula,garam

11. gaul sebati
12. masukkan ayam
13. panaskan sehingga ayam empuk
*masakkan hendaklah sentiasa diperhati dan dikacau untuk elakkan daripada hanggus di bhagian bawah periuk. kami selalu guna sudip untuk kacau, senang dari senduk.
14. masukkan santan



15. panaskan hingga dia jadi cantik
16.boleh masukkan ubi kentang
17. sedia untuk dimakan


jom MAKAN!

1 comment: