Showing posts with label vitamin hamil. Show all posts
Showing posts with label vitamin hamil. Show all posts

Tuesday, March 20, 2018

PREGNANCY: WEEK 35

KEHAMILAN KEDUA: MENGANDUNG MINGGU KE-35



Jarak Kehamilan?
35 minggu

Jumlah berat naik/ berat badan: 6.5KG, 68KG

Baju mengandung: Belum. Tak selesa pakai baju mengandung. Rasa besar sangat perasaan tu. So, decide pakai baju yang besar-besar. Nasib memang jenis beli baju besar.

Stretch marks: Last 2 weeks punya parut yang dekat paha, makin menghilang. Duk gigih sapu Herbal Blend tiap masa kan. Alhamdulillah.

Tapi! Tapi! Stretch marks tu berpindah pergi dekat bahagian lain pula. ALamak!! First time ni. Dula mengandung Amanda tak dak pon. Walau berat naik tak samapi 10KG pon lagi, tapi ini adalah berat badan paling berat pernah jejak ni.

Mungkin sebab tu juga kulit merengang. Adui. Itulah. Vitamin C duk konsisten makan setiap masa, sebab nak optima penyerapan iron kan. Tapi ESP terskip-skip pula. Yela dah kenyang lepas amik vitamin tambah darah tu.

Nak kena konsisten balik minum ESP ni. Bagi kulit merengang cantik. Tak nak lah ada kesan rekahan yang nyata kan. Tak sedap mata sendiri memandang.

Dari luaran, kena rajin sapu herbal blend lah.

Tidur: LENA sangat! Terlebih lena. Bangun pagi segar je. Cuma kadang-kadang kalau nak terkencing sangat-sangat berjaga juga tidur malam ku. Jadi, sebelum tidur, kencing dulu. Boleh tidur lena. *wink wink

Rahsia MekLing masih setia amal ostematrix sebelum tidur. Tapi dah up ke 3 biji sebelum tidur. Kalau tak cukup ambik nanti, mulalah sakit-sakit badan. Lenguh. Ya paling MekLing takut sakit pinggang lah. Seksa kalau kena. Pedih macam keras sangat je.

Moment terbaik sepanjang minggu: Minggu ni, hah. Tok Laki rajin mengemas rumah. Selepas dia mengemop 1 rumah haritu, setiap hari menyapu. pastikan bersih. Segar mata MekLing.

Pergerakan: Banyak. Tapi tak da dah tendangan yang berdebush-debush sekarang, lebih kepada baby mengeras. Kena peka sikit lah. Kadang tak sedar. Rasa tu rasa tapi terlupa kira.

Food cravings: Entah. Tak dak minggu ni. Selamat BangMir

Makanan yang buat rasa tak selesa: Masih lagi makanan bergoreng. Bertumis. 

Gender: suprise!!

Tanda labour: Belum lagi.

Belly butoon in or out? 
Out.

Wedding rings on or off?
OFF

Gembira atau moody sepanjang masa: Gembira. Ready for new baby. *eh?

Waktu paling ditunggu: Mak datang. Nak pergi beranak. Tak sabar pula rasanya.


RUMUSAN CHECK UP DENGAN KKIA BUKIT CHANGGANG

Alhamdulillah, semua ok. HB mencanak naik dari 10.9 ke 11.7 kot. First time dapat skor 11.7. Ingat senang nak capai 11.5 keatas bagi orang macam MekLing ni?

Salah makan sikit terus drop. Nak buat macam mana, kena usaha dah iktiar jaga jela kan. ye dak?

Tips dia:

>> Amal Pil Iron 2 jam sebelum makan
>> Ketika perut kosong
>> Bersama Vitamin C

Kalau macam MekLing, MekLing pilih untuk ambik vitamin tambah darah dari Shaklee. Ada 3 serangkai. VitaLea, B Complex dan Vitamin C.

Kena gabung tiga ni sekali, baru result dia mantap. VitaLea ada iron. B Complex ada asid folik. Vitamin C untuk bantu penyerapan lebih optima. So, kena makan sekali. Pada waktu yang sama. Together-gather!

Ni lah Vitamin Tambah Darah yang MekLing konsisten amal.


Semakin dekat menunggu hari, semakin berdebar pula rasanya. Tak sabar pon ada. Semoga semua dipermudahkanlah. Amin. Amin,



Untuk dapatkan sebarang produk kehamilan sepanjang tempoh hamil yang berkualiti tinggi ini boleh dapatkan dari MekLing okay.




MekLing Jangoxs
SID:1246332
FB: Tuan Leen
FB Page: MekLing Jangoxs
Instagram: MekLing Jangoxs
WhatsApp: 0129482998


PENAFIAN: Kenyataan ini tidak dinilai oleh Bahagian Pentadbiran Makanan dan Dadah. Produk-produk yang dipaparkan bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Thursday, March 15, 2018

PREGNANCY: WEEK 33

KEHAMILAN KEDUA: MENGANDUNG MINGGU KE-33


Jarak Kehamilan?
33 minggu

Jumlah berat naik/ berat badan: 6.5KG, 68KG

Baju mengandung: Belum. Tak selesa pakai baju mengandung. Rasa besar sangat perasaan tu. So, decide pakai baju yang besar-besar. Nasib memang jenis beli baju besar.

Stretch marks: Pandangan mata semakin jelas kelihatan. Adakah disebabkan pertambahan berat badan yang melampau. Heaviest in my life ni so far. Tak pernah jejak 68KG. Mungkin sebab tu ada regangan kot.

Tapi kat perut tak ada. Yang ada di paha. Tapi! Tapi!

2 3 hari je jelas nampak merah-merah nak pecah tu. Sebab MekLing rasa tak tahan nak tengok sangat, so, try-try je ambik Herbal Blend sapu. Esok tengok, eh, macam pudar. Lusa tengok eh, dah ok. Tak da berupa seperti mahu pecah-pecah lagi.

Sekarang dah tak nyata. Alhamdulillah.

Tidur: LENA sangat! Terlebih lena. Bangun pagi segar je. Cuma kadang-kadang kalau nak terkencing sangat-sangat berjaga juga tidur malam ku.


Rahsia MekLing masih setia amal ostematrix sebelum tidur. Tapi dah up ke 3 biji sebelum tidur. Sebab 2 biji je dah tak cukup nak tampung keperluan kalsium. Kan baby dah membesar, perlu lebih-lebih lagi.

Kalau tak cukup ambik nanti, mulalah sakit-sakit badan. Lenguh. Ya paling MekLing takut sakit pinggang lah. Seksa kalau kena. Pedih macam keras sangat je.

Moment terbaik sepanjang minggu: Bila Suami Tercinta berusaha pergi cari Air Cincau di malam buta demi Isterinya. Terasa sweetnya laki aku.

Pergerakan: Banyak. Tapi tak da dah tendangan yang berdebush-debush sekarang, lebih kepada baby mengeras. Kadang-kadang terasa baby bergerak sampai senget perutnya. Macam-macam bentuk terjadi dah hah.

Food cravings: Nasi Kandar! Dapat dah semalam.

Makanan yang buat rasa tak selesa: makanan bergoreng. Bertumis. 

Gender: suprise!!

Tanda labour: Belum lagi.

Belly butoon in or out? 
Out.

Wedding rings on or off?
Tak muat dah. sob sob.

Gembira atau moody sepanjang masa: Gembira. Ready for new baby. *eh?

Waktu paling ditunggu: Nak pergi beranak. Eh?! Eh!



RUMUSAN CHECK UP DENGAN KKIA BUKIT CHANGGANG

Alhamdulillah, semua ok. HB pon dah naik selepas habis craving teh ais cincau. MekLing memang sangat sensetip dengan apa sahaja yang bernama kafein. HB memang akan sangat effect lepas minum teh. Tapi sebab hartu tersangat lah terliur. Minum lah juga kan. Tapi Alhamdulillah, bacaan HB makin naik.

Asbab konsisten ambik pil tambah darah juga kot. Dan rahsia lagi, amal pil ni sebelum atau selepas 2jam makan. Terbaik absorption dia. So, dapatlah jaga HB tu. Lagi satu, amal pil iron tu dengan vitamin C tau. Lagi optima penyerapan iron tu.

Ni Vitamin Tambah Darah yang MekLing konsisten amal.



Yang lain, ok. kepala baby pon dah rotate ke bawah. Sembang-sembang je dengan misi. Tapi kena repeat every 2 weeks jumpa mis dah lah sekarang. Makin dekat. Makin kerap lah kena bercinta.


Nilah Herbal Blend yang MekLing buat sapu hilangkan stretch marks tu. Ambik yang Amanda punya. Amanda guna untuk sapu ruam, senseti masih diaper kan. Tumpang lah sekaki.

1 tube ni tahan sehingga 2 tahun yang last beli. Yang ni tak tahu lah berapa lama bertahan. Sebab pengguna nanti akan bertambah. Dah standby untuk baby juga. Takut terkena ruam susu macam Amanda juga dulu. Kulit baby kan sensetip.

So, kita prepared awal-awal. Senang nanti tak kalut.



Untuk dapatkan krim Herbal Blend yang berkualiti tinggi ini boleh dapatkan dari:

MekLing Jangoxs
SID:1246332
FB: Tuan Leen
FB Page: MekLing Jangoxs
Instagram: MekLing Jangoxs
WhatsApp: 0129482998


PENAFIAN: Kenyataan ini tidak dinilai oleh Bahagian Pentadbiran Makanan dan Dadah. Produk-produk yang dipaparkan bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Monday, March 5, 2018

KEPENTINGAN KALSIUM



Kalsium adalah salah satu mineral penting yang diperlukan oleh tubuh badan manusia. Kalsium memainkan peranan yang sangat penting bagi kesihatan tulang. Kalsium juga membantu mengekalkan dengupan jantung, fungsi otot dan lain-lain lagi.

Kalsium sangat diperlukan seawal dari kelahiran lagi. Apakah kepentingan kalsium bagi peringkat umur yang berbeza?

Dewasa



  • Menguatkan Tulang
  • Mencegah Obesiti
  • Melindungi Otot Jantung. Kalsium melindungi otot jantung anda.
  • Mengelakkan Kanser Kolon
  • Mencegah Blues Pra-haid
  • Mencegah Batu Karang
  • Memastikan Tahap pH Alkali Yang Sihat
  • Kawalan Tekanan Darah
  • Mengekalkan Gigi dan Gusi yang sihat
  • Membantu Pengangkutan Nutrien


Ibu Hamil


  • Bantu penghasilan saraf dan otot bayi di dalam kandungan
  • Memastikan ibu tidak mengalami masalah sakit belakang
  • Membantu gigi ibu dan bayi sihat
  • Mengelakkan Osteoporosis
  • Membantu penghasilan jantung bayi yang lebih sihat
  • Memudahkan ibu bergerak
  • Memastikan tulang ibu kuat


Ibu Menyusu


  • Merehatkan otot rahim yang mengecut semula mahupun sewaktu kedatangan haid.
  • Mengelakkan masalah kekejangan sewaktu proses penyusuan



Kanak-kanak


  • Menyokong kesihatan tulang untuk tumbesaran & mengelakkan masalah tulang rapuh.
  • Membantu fungsi sistem otot dan sistem saraf bekerja dengan sempurna.
  • Membantu pengeluaran hormon dan enzim dalam tubuh kanak kanak.

Kalsium juga boleh didapati dalam bentuk makanan tambahan, suplemen bagi menyokong keperluan harian yang tidak dapat diperolehi sepenuhnya dari makanan sahaja. Shaklee mengeluarkan produk Ostematrix yang lengkap mengandungi kalsium, magnesium, vitamin D dan mineral lain yang diperlukan yang perlu diambil pada masa yang sama untuk penyerapan yang lebih optimum.




Untuk dapatkan produk Ostematrix yang berkualiti tinggi boleh dapatkan dari:

MekLing Jangoxs
SID:1246332
FB: Tuan Leen
FB Page: MekLing Jangoxs
Instagram: MekLing Jangoxs
WhatsApp: 0129482998


PENAFIAN: Kenyataan ini tidak dinilai oleh Bahagian Pentadbiran Makanan dan Dadah. Produk-produk yang dipaparkan bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Saturday, February 24, 2018

10 TIPS NUTRISI SEMASA KEHAMILAN



Semasa tempoh hamil, ibu kena ambil nutrisi bukan hanya untuk diri sendiri tapi juga untuk baby.

Pengambilan nutrisi yang sihat dan cukup bukan hanya sekadar untuk membantu perkembangan baby tapi juga untuk mengelakkan dari sebarang komplikasi semasa mengandung mahupon ketika bersalin.

Kita perlu memilih makanan dari kelas makanan yang kaya dengan karbohidrat, protein dan lemak untuk cukupkan keperluan nutrisi kepada ibu dan baby.

Jom kita amalkan tips permakanan sihat ni. Bukan je untul ibu mengandung, tapi yang sedang merancang, sudah bersalin dan semua sebenarnya patut amalkan pemakanan secara sihat ni.


1. MAKANAN YANG KAYA PROTEIN

  • Sumber Protein yang baik adalah dari produk tenusu, kekacang, dan bijirin. 
  • Ini boleh membantu ibu untuk meningkatkan jumlah darah dan perkembangan cairan amniotik, air ketuban.
  • MekLing amalkan pengambilan susu ESP yang kaya dengan Protein bagi membantu melengkapkan keperluan protein harian MekLing.


2. HINDARI MAKANAN PEDAS


  • Pedih ulu hati adalah perkarabiasa yang berlaku pada wanita hamil. Hal ini adalah disebabkan oleh injap pada pintu masuk ke perut kendur semasa tempoh kehamilan disebabkan oleh perubahan hormon. Hal ini menyebabkan asid perut mengalir semula ke esophagus.
  • Untuk mengelakkan atau mengurangkannya, ibu boleh mengambil makanan dalam kuantiti yang sedikit tapi kerap, elakkan makanan yang pedas, berminyak dan berlemak.
  • Ibu juga perlu amal untuk makan perlahan dan lebih lama mengunyah.
  • Pada waktu malam, cuba minum susu panas dan tinggikan bahagian atas katil atau gunakan lebih dari 1 bantal.

3. MAKAN MAKANAN YANG KAYA LEMAK BAIK


  • Makan makanan yang kaya dengan lemak baik seperti kekacang, produk tenusu seperti avocado.
  • Ini dapat memberikan lemak yang sangat diperlukan pada wanita hamil.

4. KARBOHIDRAT


  • Pilih karbohodrat baik yang boleh diambil daripada makanan seperti kekacang, bijirin dan bijian.

5. PILIHAN VITAMIN


  • Vitamin utama untuk ibu mengandung adalah:
  • Vitamin A yang terdapat di dalam produk tenusu dan buah-buahan seperti jambu, mangga, tomato, anggur, betik dan tembikai. Pilihan sayur-sayuran pula adalah seperti brokoli, taugeh, bayam, ubi dan lobak merah.
  • Vitamin B1, B2 dan B3 terdapat dalam sayur-sayuran berdaun hijau dan biji-bijian,
  • B6 boleh didapati dalam pisang, beras perang dan sayur-sayuran berdaun hijau.
  • Vitamin C terdapat dalam buah citrus.
  • Vitamin D oleh ditemui dalam bijirin dan produk tenusu yang diperkaya dan juga dengan berjemur bawah matahari. Jangan lupa pakai sun block.
  • Vitamin E boleh didapati dalam minyak sayuran yang tidak diolah.

6. HINDARI ALKOHOL


  • Pengambilan alkohol dan merokok harus dielakkan!
  • Minuman berkafein juga perlu dielakkan kerana mereka boleh menyebabkan kita terhidrasi.

7. KALSIUM DAN ZAT BESI


  • Pengambilan sumber mineral sangat penting semasa tempoh kehamilan. 
  • Kalsium yang terdapat dalam susu produk tenusu, sayur-sayuran berdaun hijau.
  • Zat besi boleh ditemui dalam sayuran berdaun, buah-buahan seperti epal dan jambu biji, kacang dan bijian.

8. KEKAL HIDRAT


  • Semasa mengandung, kebanyakkan wanita mengadu akan mengalami sembelit.
  • Kita perlu terus terhidrat dengan banyakk minum air, mengambil makanan serat tinggi seperti bijirin  penuh dan buah-buahan dan sayuran segar.

9. DIET SEIMBANG


  • Ibu hamil perlu mengamalkan untuk makan makanan yang seimbang dalam setiap makanan.
  • Makanan perlu termasuk dari semua kumpulan makanan dan mikrinutrien.
  • cuba unutk mengambil makanan yang paling banyak nutrien supaya kita hanya perlu makanan yang sedikit.
  • Ibu boleh mengamalkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran selalu.

10. PILIHAN SUPLEMEN TERBAIK


  • Pilih suplemen / vitamin hamil yang terbaik yang boleh menyokong ibu dan bayi sepanjang tempoh kehamilan.
  • Ibu boleh pilih Set Prenatal Shaklee yang terdiri daripada ESP, VITAMIN C, VITALEA, B COMPLEX, OSTEMATRIX dan OMEGAGUARD bagi menyokong kehamilan ibu.
  • Vitamin yang ditawarkan oleh Shaklee mampu untuk melengkapkan pengambilan nutrisi harian ibu yang tidak cukup dari pemakanan seharian sahaja.
  • Protein boleh didapati dari ESP.
  • Vitamin A dan E boleh didapati dari VitaLea with Iron formula yang sesuai dengan keperluan ibu hamil sahaja.
  • Pilihan Vitamin B boleh didapati dari B Complex yang mengandungi 8 spektrum Vitamin B yang diperlukan oleh badan dan perlu diambil pada masa yang sama.
  • Vitamin C boleh didapati dari SR-Vitamin C Shaklee.
  • Vitamin D terdapat didalam Ostematrix bagi menyokong keperluan ibu dan membantu penyerapan kalsium lebih baik oleh badan tanpa sebaran mendapan.
  • Keperluan kalsium ibu boleh diperolehi dari Ostematrix.
  • Zat besi bagi menyokong penghasilan darah yang kaya dengan oksigen terdapat di dalam VitaLea.


Kehamilan yang sihat tidak hanya bergantung kepada keupayaan rahim ibu untuk mengekalkan perkembangan sesuatu yang baru, tetapi juga berdasarkan pengetahuannya untuk mengambil nutrisi yang betul dan mempelajari cara terbaiknya untuk mendapatkannya.





Untuk mendapatkan PILIHAN SET MENGANDUNG yang berkualiti tinggi boleh dapatkan dari:

MekLing Jangoxs
FB: Tuan Leen
FB Page: MekLing Jangoxs
Instagram: MekLing Jangoxs
WhatsApp: 0129482998


PENAFIAN: Kenyataan ini tidak dinilai oleh Bahagian Pentadbiran Makanan dan Dadah. Produk-produk yang dipaparkan bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Friday, February 23, 2018

SET PRENATAL SHAKLEE

PILIHAN SET MENGANDUNG SHAKLEE




Tahniah anda kini bakal bergelar seorang ibu. Mempunyai peluang untuk merasai saat indah kehamilan sangat dinatikan oleh setiap insan bergelar wanita. Ia adalah satu anugerah terbesar yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Tapi perlu diingai, apabila anda positif sahaja ujian UPT, anda mempunyai tanggungjawab yang sangat besar untuk menyokong tumbesaran baby yang sedang dikandung.

Tanggungjawab ini seharusnya dikongsi bersama pasangan anda. Raikan moment terindah ini bersama.


Tetapi, bagi setiap ibu hamil pasti akan mengalami masalah-masalah yang biasa diaalami saat kehamilan. Dan ini adalah normal. Kerana badan anda mengalami perubahan dan memerlukan lebih nutrisi untuk menyokong perkembangan baby yang sedang dikandung.

Semasa tempoh hamil, ibu kena ambil nutrisi bukan hanya untuk diri sendiri tetapi juga untuk baby. Pengambilan nutrisi yang sihat dan cukup bukan hanya sekadar membantu perkembangan baby tapi juga untuk mengelak dari sebarang komplikasi kehamilan.


Antara  masalah utama ibu mengandung adalah sering mengalami keletihan yang amat, sengal otot dan sakit pinggang kerana kekurangan kalsium yang perlu dibekalkan kepada bayi dalam kandungan yang sedang cepat membesar.

Antara pilihan supplement yang boleh di ambil oleh ibu mengandung adalah:


1. ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)



Melalui pilihan ini, ibu akan dibekalkan Susu rendah lemak dan rendah gula ESP yang diperbuat dari soya berkualiti tinggi. Susu ini mengandungi kandungan protein yang lengkap yang diperlukan untuk tumbesaran bayi.

Tambahan lagi, ESP diperbuat daripada soya yang bermutu tinggi, Non-GMO soya asli tanpa bahan ubahan genetik yang merbahaya seperti yang terdapat di pasaran.

Antara KEBAIKAN ESP BUAT IBU HAMIL adalah:


1. Menguatkan rahim.

  • Dengan memberi protein yang secukupnya bagi menyokong dan menguatkan rahim untuk menampung baby yang semakin membesar.


2. Membantu pembentukan baby.

  • Protein amat diperlukan bagi pembentukan sel-sel baru. Daripada sel ni akan terbentuk tisu dan organ sempurna yang diperlukan bagi pembentukan baby yang sempurna.


3. Membantu kurangkan kesan strestch marks.

  • Perut ibu akan mula mengembang apabila baby semakin membesar. Ini akan menyebabkan kesan seperti rekahan mula kelihatan di kawasan perut dan peha. Pengambilan protein dapat membantu mengurangkan kesan rekahan ini dengan memberikan kesan elastik kepada kulit. Kulit dapat menegang dengan cantik.


4. Pembekal tenaga segera

  • Ibu hamil akan kerap mengalami keletihan. Pengambilan ESP mampu memberi kesan tenaga segera dan rasa kenyang yang lebih lama disebabkan oleh index GI yang rendah.


Maka soya ini adalah soya terbaik untuk ibu dan bayi serta selamat digunakan tanpa alergik, eczema atau sebarang side effects.


2. VITAMIN C


Selain untuk membantu menguatkan sistem imun badan ibu yang rendah ketika hamil, vitamin C juga sangat membantu bagi penyerapan iron, zat besi oleh ibu hamil.

Iron sangat diperlukan dalam darah untuk bantu bekalkan oksigen dalam darah yang secukupnya untuk ibu dan anak sepanjang tempoh kehamilan.


Selain daripada itu, antara KEBAIKAN UTAMA VITAMIN C SHAKLEE adalah:


  • Mengebukan kulit dan hilangkan parut
  • Menguatkan gusi dan tulang
  • Menguatkan imuniti badan dari jangkitan penyakit.
  • Menguatkan saluran darah.
  • Membantu proses tambah sel darah merah.
  • Sebagai anti-oksida
  • Membantu penghasilan kolagen dalam badan.
  • Meningkatkan kesuburan.


3. B COMPLEX



Membantu membekalkan asid folik penting untuk baby dan juga ibu. Asid folik sangat diperlukan seawal kehamilan bagi mengelakkan terjadinya tube neural defects, kecacatan tulang belakang dan tengkorak kepala.


Kelebihan B Complex Shaklee adalah kerana ia mengandungi kesemua 8 spektra vitamin B (B1, B2, B3, B5, B6, B12, B9 (asid folik) dan biotin) yang diperlukan oleh badan dan perlu diambil pada waktu yang sama bagi mengimbangi keperluan badan.


Selain itu, B Complex juga mampu untuk membantu meredakan alahan, morning sickness di awal kehamilan.

B Complex juga membantu menukarkan makanan kepada tenaga. Ini dapat membantu ibu untuk tidak cepat rasa penat dan kekal bertenaga. B Complex juga mampu untuk membantu ibu dari mengalami stress, vitamin anti-stress.



4. VITALEA with IRON FORMULA



Vitalea memberikan tenaga serta membekalkan multivitamin yang diperlukan oleh ibu. Pengambilan VitaLea Shaklee sebagai sumber iron bagi membantu untuk mengawal bacaan hemoglobin (HB) sepanjang kehamilan. Aim HB utk ibu mengandung adalah lebih dr 11. Ini mampu mengelakkan anemia sepanjang tempoh mengandung dan mengelakkan kelahiran pre-term.



5. OMEGAGUARD



Omegaguard mengandungi omega-3-fatty acid yang diperlukan oleh bayi untuk pembentukan otak, saraf, dan mata yang sempurna.


Kebaikan omegaguard adalah ia tidak hanyir seperti jenama lain walaupun diperbuat dari ikan laut dalam. Ia melalui proses penyulingan sebanyak 3x bagi menghilangkan logam merkuri yang sering terdapat dalam ikan laut dalam. Kandungan merkuri ini sangat merbahaya kepada ibu mengandung dan bayi.


Oleh itu, omegaguard shaklee adalah jenama paling selamat untuk ibu mengandung.

KENAPA PERLU PILIH OMEGAGUARD SHAKLEE
  • Membantu mengurangkan risiko kelahiran pra-matang.
  • Membantu meningkatkan perkembangan sensori ketika bulan-bulan terakhir kehamilan.
  • Membantu dalam perkembangan otak dan mata bayi dalam kandungan.
  • Membantu mengurangkan risiko tekanan darah tinggi ketika hamil. 


6. OSTEMATRIX



Kalsium sangat diperlukan untuk menyokong sistem muskuloskeletal, saraf dan peredaran darah.


Pengambilan Ostematrix dapat membantu memberikan kesihatan tulang dan gigi yang kuat untuk ibu dan bayi. Selain dapat membekalkan kalsium dan magnesium yang mencukupi untuk ibu dan bayi dalam kandungan.


Pengambilan Ostematrix juga dapat membantu ibu mengurangkan risiko kejang kaki, simpul biawak, lenguh-lenguh badan dan sakit di bahagian pinggang dan pinggul terutamanya di trimester teakhir kehamilan.


Dengan pengambilan set mengandung ini, ibu mengandung pasti akan mengalami kenangan paling indah semasa memgandung seperti ibu-ibu lain yang sudah mencubanya.



CADANGAN PILIHAN TERBAIK BUAT IBU:


1. Set PREMIUM Ibu mengandung

  • ESP
  • Vitamin C
  • B Complex
  • VitaLea
  • Osteomatrix
  • OmegaGuard

Tahan sehingga 2-4 bulan.


2. Set MEDIUM Ibu mengandung

  •  ESP
  • Vitamin C 
  • B Complex 
  • Ostematrix
  • OmegaGuard


3. Set Ibu mengandung BERTENAGA

  • ESP
  • Vitamin C 
  • VitaLea
  • Ostematrix


4. Set Ibu mengandung ANEMIA

  • VitaLea
  • B Complex
  • Vitamin C


5. Set BASIC

  • ESP
  • Vitamin C




Untuk dapatkan PILIHAN SET MENGANDUNG yang berkualiti tinggi boleh dapatkan dari:

MekLing Jangoxs
FB: Tuan Leen
FB Page: MekLing Jangoxs
Instagram: MekLing Jangoxs
WhatsApp: 0129482998


PENAFIAN: Kenyataan ini tidak dinilai oleh Bahagian Pentadbiran Makanan dan Dadah. Produk-produk yang dipaparkan bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.