Sunday, March 4, 2018

APA ITU COQ-10

COQ10

Coq-10 atau nama penuhnya Coenzyme Q10 yang di kenali sebagai CoQ10 adalah bahan yang hampir serupa seperti Vitamin juga. 

Enzim ini ditemui di setiap sel dalam badan kita. Badan kita menghasilkan CoQ10 ni dan sel akan mengunakan enzim ini untuk menghasilkan tenaga kepada badan kita untuk pertumbuhan sel dan organ dan juga digunakan untuk penyelenggaran tubuh kita.

Enzim ini juga berfungsi sebagai antioksida, yang mana akan melindungi sel badan kita daripada rosak diakibatkan oleh molekul-molekul merbahaya disekekliling kita. 


Kebiasaannya CoQ10 ini wujud secara semulajadi dalam kuantiti yang kecil dalam pelbagai makanan tetapi pada tahap yang tinggi di dalam organ berdaging seperti jantung, hati dan buah pinggang. Juga terdapat di dalam daging merah, minyak soya, ikan sardin, ikan mackerel dan kekacang. 

CoQ10 ini juga membantu kerja enzim untuk memproses makanan dan melaksanakan fungsi tubuh badan yang lain. CoQ10 juga membantu melindungi jantung dan otot.


KEGUNAAN COQ10

CoQ10 dikatakan dapat membantu kegagalan fungsi jantung sebagaimana juga kanser. Ia dikatakan dapat mengalakkan tenaga dan membantu pemiluhan cepat selepas exercise.


Ada sesetengah orang mengambil enzim ini untuk membantu mengurangkan risiko pengambilan sesetengah ubat untuk penyakit jantung, otot dan organ-organ lain disebabkan oleh ia merupakan nutrien yang mengandungi banyak unsur antioksida bagi melawan radikal bebas yang merosakkan sistem kardiovaskular. Jadi ia dianggap nutrien penting untuk kesihatan jantung.

Selain itu, CoQ10 ini juga bagus untuk kesihatan kulit. Enzim ini mampu untuk melindungi dari sinaran UV dan mengalakkan penghasilan kolagen semulajadi badan.



KEGAGALAN FUNGSI JANTUNG DAN KANSER

Sekiranya anda mempunyai masalah berkaitan jantung, sila berbincang dengan doktor anda sebelum anda membuat keputusan untuk mengambil sebarang suplement. Tiada bukti kukuh yang menyatakan bahawa pengambilan vitamin atau suplemen lain mampu membantu merawat penyakit jantung. Suplemen atau vitamin perlu di ambil bersama ubat bagi merawat penyakit jantung bukan digunakan sepenuhnya sebagai rawatan.

Walaupon CoQ10 tidak menunjukkan bukti yang kukuh untuk melegakan penyakit jantung, ada sesetengah study menunjukkan yang Coq10 ini mampu mengurangkan simptom kegagalan fungsi jantung.

Pada tahun 1961, saintis mendapat bahawa pesakit kanser mempunyai level CoQ10 yang rendah dalam darah mereka. Sebahagian dari penyelidikan mereka mendapati CoQ10 boleh membantu sistem imun dan berguna sebagai rawatan kedua bagi penghidap penyakit kanser.


KEKURANGAN COQ10

Pada peringkat permulaan, badan kita mampu untuk menghasilkan sendiri enzim CoQ10 ini. Tetapi penghasilannya akan merosot seiring dengan pertambahan usia dan gaya hidup kita. Bermula seawal umur 20-an, badan akan mengalami kesukaran untuk menghasilkannya.

Antara tanda-tanda badan kekurangan CoQ10:

  • Sering rasa lemah
  • Mudah merasa penat dan keletihan
  • Cepat mengantuk
  • Tiada tenaga

CoQ10 kini boleh didapati dalam bentuk makanan tambahan, suplemen. Shaklee juga ada mengeluarkan produk CoQTroll-Plus yang mengandungi enzim Coq10 yang diperlukan oleh badan kita. 




Untuk dapatkan produk CoQTrol-Plus yang berkualiti tinggi boleh dapatkan dari:

MekLing Jangoxs
SID:1246332
FB: Tuan Leen
FB Page: MekLing Jangoxs
Instagram: MekLing Jangoxs
WhatsApp: 0129482998


PENAFIAN: Kenyataan ini tidak dinilai oleh Bahagian Pentadbiran Makanan dan Dadah. Produk-produk yang dipaparkan bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

No comments:

Post a Comment