Monday, February 12, 2018

CARA BUAT MASKER DAN SCRUB

Assalamualaikum dan Selamat Malam.

MekLing ada benda nak share ni dengan korang. Korang tahu tak, yang sebenarnya kita boleh buat masker dan scrub dari Vitamin C Shaklee?

Dulu MekLing tak tahu pon, sekarang dah tahu apa lagi guna apa yang ada jela. Jimat pon jimat. Selain untuk makan, boleh buat jadi masker. Jaga dari dalam dan luar gitu.

Lagipon 1 botol tu kan ada 180 biji. Lama sangat kot nak habis 1 botol tu. So, sambil-sambil makan, kita jadikan masker sekali.

Meh MekLing share cara-cara nak buat masker ni. Mudah sangat. Pejam mata pon boleh buat gitu.





CARA SEDIAKAN MASKER VITAMIN C SHAKLEE


Sediakan bahan-bahan yang diperlukan. Wajib ada:
> Vitamin C Shaklee. 1 tablet cukup dah.
> Air kosong 1 2 titik
> Piring
> Lilin aroma *optional

BAHAN-BAHAN



Kalau nak jimat, patahkan vitamin C kepada 2 bahagian. 
Ambil 1 bahagian dan 1 bahagian lagi boleh disimpan untuk hari lain.
*Jangan simpan terlalu lama kerana Vitamin C mudah teroksida disebabkan sensitif kepada cahaya dan suhu



Hancurkan dalam piring utk dapatkan tekstur masker yang baik.


Masukkan air lebih kurang 1/2/3 titik. Masuk sikit-sikit tau.
Sampai consistency yang diminati.Jangan banyak air sangat. Nanti cair. Tak best.
 Biarkan sekejap, dalam 3-5 minit sampai kembang.


Sediakan muka yang bersih. Suci dan mulus untuk ditempekkan. Pastikan bersih dan kering ya. Kalini MekLing pilih model free. Tok laki tersayang. 


Coit-coit sikit-sikit kat muka.
*muka tok laki redha sangat ni hah


Ratakan pada seluruh kawasan muka.


Tunggu masker kering dalam 20-30 minit. Boleh la kalau nak buh timun sekali kat mata hah. 


20 MINIT KEMUDIAN
Tertidur hah tok laki. Syok katanya. Sejuk. Tenang je. Tambah ada orang belai-belai muka kan.


Okay, sekarang part ni kalau korang rajin boleh buat. Kan masker dah kering kan. Sebelum cuci, basahkan sikit jari korang tu. Lepas tu gosok-gosok muka tu. Tenyeh-tenyeh. Jadi macam scrub. 
Nampak tak tu kat bahagian dahi tok laki MekLing. Scrub. Masker mula terkeluar. TAPI!
Korang kena bersabar sikit lah. Penat jugak lah nak tenyeh-tenyeh tu. Hahahaha
Tak pe kalau korang buat kat suami korang, dapat pahala.

Lepas tu dah boleh cuci ya. Cuci bersih-bersih dengan air. Kemudian lap kering-kering. Hasil dia awesome sangat!

Bak kata BangMir: "Muka rasa tegang, sejuk, licin, lembap. nak lagi nanti" 


Tadaaa... inilah hasil kesucian muka tok laki selepas bermasker dan berscrub.


WAJIB CUBA TAU KORANG! RUGI TAK CUBA! SYOK SANGAT!

Sini MekLing senaraikan antara kelebihan menggunakan Vitamin C Shaklee sebagai masker/scrub.


KELEBIHAN MENGGUNAKAN MASKER VITAMIN C SHAKLEE

1. Kecutkan jerawat.
2. Tegangkan kulit muka.
3. Cerahkan wajah.
4. Bantu rangsang penghasilan kolagen dari dalam kulit.
5. Segarkan wajah.
6. Bantu hilangkan kesan parut.



Teruja tak? Best kan!

Jangan lupa dapatkan Vitamin C Shaklee korang dari MekLing tau. Klik je link ni Mekling Jangoxs.


SEMOGA BERMANFAAT! SELAMAT MENCUBA!

No comments:

Post a Comment