Pengalaman "Morning Sickness"
Apa perasan tak kala mengalami alahan ni?
Kalau macam MekLing, alhamdulillah masa pregnant Amanda tak rasa. Cuma penat-penat, letih-letih bila balik kerja.
Tapi yang kedua ni, rasa jugak lah sikit. Mungkin tak extrem macam orang lain yang sampai tahap tak leh bangun, tak leh bau. Tak leh makan.
MekLing cumanya pagi-pagi tu akan pening, tak larat nak bangun. Kalau BangMir kerja, memang terus siap-siapkan breakfast, makanan kudap-kudap dengan air siap-siap kat atas meja untuk Amanda.
Tinggal mandi dengan cuci berak je. Tapi selalu MekLing doa biar Amanda berak masa abah dia ada. Dan memang ya. Mudah semua.
Masa awal-awal tu, bau ikan tak boleh, pergi dapur bau orang tumis tak boleh. Rasa kembang tekak. Kalau time Amanda, setiap hari nak makan Nasi Lemak, kalini, tak boleh nak pergi dengan bau tumis tu. Surrender... Mula lah mual, nak muntah. Kerap je kalini.
Dapat lah juga merasa sedikit ikut kemampuan MekLing. Jom kita kenal apa benda alahan morning sickness ni? Wajib ke tiap kali pregnant?
Apa itu morning sickness?
Morning sickness atau turut dikenali sebagai loya dan muntah ketika hamil. Biasanya bermula sekitar 4 atau 6 minggu usia kehamilan disebabkan oleh perubahan hormon dalam badan ibu hamil.
Wanita yang mengalami morning sickness akan rasa loya, dan mungkin muntah apabila bangun pagi. (sebab itu dinamakan morning sickness). Rasa loya dan muntah kerap berlaku pada waktu pagi mungkin disebabkan perut kita kosong.
Tapi boleh juga berlaku pada waktu lain sekiranya perut kita kerap kosong.
Kesan Morning sickness?
- Hilang selera makan dan minum
- Boleh mengganggu aktiviti seharian
- Badan mudah rasa letih dan tidak bertenaga
- Boleh menyebabkan badan dehidrasi disebabkan muntah terlalu kerap
- Boleh memberi kesan kepada perkembangan bayi akibat kekurangan zat dan nutrisi
Cara mengatasi morning sickness?
- Makan dalam kuantiti sikit tetapi kerap. Jangan tak makan. Nanti lagi menbuak-buak.
- Makan makanan yang kaya dengan protein.
- Elakkan makananan berlemak, berminyak, bersantan dan pedas.
- Banyakkan minum air.
- Pastikan dapatkan rehat yang secukupnya.
- Mengambil makanan tambahan atau supplement.
- Dapatkan nasihat daripada doktor.
Macam MekLing awal-awal tu memang tak lalu nak makan. Berat pon menurun. DAri sticker putih terus ke hijau. Tapi MekLing amalkan pilihan suplemen dari Shaklee. Alhamdulillah, badan segar sikit. Tak da terganggu sangat aktiviti harian MekLing.
Antara cadangan supplement untuk mengatasi morning sickness?
1. Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee
Minuman protein yang mengenyangkan dan mampu memberikan tenaga kepada ibu hamil disebabkan sering muntah dan hilang selera.
Ni fabret MekLing, memang breakfast dengan ni je.
2. Peppermint Ginger Plus
Mengandungi ekstrak halia untuk membantu kelegaan usus dan mengurangkan rasa loya serta mual.
3. B-complex
- Membantu melegakan rasa loya dan mual
- Membantu memberikan tenaga kepada ibu hamil
- Membekalkan folic acid untuk perkembangan bayi
Antara mereka yang mengalami morning sickness dan mengamalkan pilihan suplemen Shaklee bagi mengatasi simptom-simptom alahan.
Untuk dapatkan Pilihan Suplemen atasi Morning Sickness yang berkualiti tinggi boleh dapatkan dari:
MekLing Jangoxs
SID:1246332
SID:1246332
FB: Tuan Leen
FB Page: MekLing Jangoxs
Instagram: MekLing Jangoxs
WhatsApp: 0129482998
PENAFIAN: Kenyataan ini tidak dinilai oleh Bahagian Pentadbiran Makanan dan Dadah. Produk-produk yang dipaparkan bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
No comments:
Post a Comment