Thursday, February 8, 2018

DUGAAN MENAKUTKAN THIRD TRIMESTER

Assalamualaikum. Selamat Petang.

Harini MekLing nak share pengalaman MekLing saat masuk third trimester. Masa Amanda dulu.


Dulu, masa pregnant Amanda pernah sekali MekLing terjatuh terduduk dalam tandas sorang-sorang dekat office. Kat office MekLing time tu, semua lelaki. Dah nama pon Engineering Department kan. Yang ada perempuan pon kat atas, bahagian HR dengan Akaun, 2 orang.


MekLing tak geng sangat pon dengan diorang. Yela diorang kan kat atas, MekLing kat office bawah. Nak menyembang close rapat bonding memang tak la. Tempat diaorang depan bos besar. Tempat MekLing depan Manager Engineering. So, memang susah-susah sangat untuk bersembang macam dalam drama tu. Huh!

Saat jatuh tu, hari Jumaat. Time semua orang pergi solat Jumaat. Dan kebetulan bos depan MekLing ada meeting time tu. Dia guna pakai selipar yang biasa buat pergi tandas.

MekLing nak masuk solat. Nak pergi tandas, tak da selipar. Cuma yang tinggal 1 yang MekLing perasan orang tak pernah pakai buat pergi tandas. Ambik jela yang tu. Tu je ada. Dah lewat masa tu.

Masuk okay. Masa nak keluar tu, turun, KEDEBUK jatuh! Terduduk.

Time tu, jantung dap dap dap dap. Berdebar. Takut lagi. Sakit lagi. Tak da orang pula tu.

Bangun pelan-pelan, masuk office, intercom akauntan kat atas. Kebetulan time tu dia dah balik lunch. Dia tapaw je. Terus cakap dia. Sepantas kilat dia turun tanya. You okay ke?

MekLing tak tahu okay ke tak. Yang pasti sakit. dan takut. Dan debar. MekLing cakap, risau baby je. Baru 2 bulan kan. Fragile lagi.

Terus dia bawak pergi Hospital/Klinik ntah tapi tempat orang boleh bersalin juga lah. Cek semua. Blood Pressure tinggi. Mungkin sebab MekLing tengah berdebar kan. Lepas tu, scan. Alhamdulillah. Baby okay. Heart beat dia normal rate.

Dan masa tu la, first time MekLing dengar heart beat Amanda masa pregnant. Bergenang air mata. Syukur. Syukur. Alhamdulillah.


Lepas kejadian tu, alhamdulillah semua okay je. Berlalu macam biasa. Sampailah dah nak masuk third trimester. Rasa lain macam. Serba tak kena. Start rasa sengal sangat dekat bahagian punggung yang jatuh tu. Tak boleh duduk lama. Kalau drive nak pergi atau balik kerja, kena berhenti kejap. Berdiri. Lepas tu sambung drive balik. Jarak rumah ke office adalah dalam 45KM gitu. Banting-USJ 1.

Kerap sangat. MekLing pon mengadu lah dekat misi time regular check up kat KKIA tu kan. Misi cuma cakap, tu normal. Sebab baby makin besar. Tulang pinggul pon bergerak, buka sikit nak support baby.

Ok la kan. Memang ada dalam buku pink pon ada tulis gitu kan. Tapi macam makin lama makin sengsara. Mencucuk-cucuk gitu. Tak tahan. Nak duduk pon payah!

Dalam masa sama juga, "setok karung" aka "simpul biawak" pon dah kerap singgah. Pernah time drive, tiba-tiba kaki kejang tau. Kaki kanan pula tu. Tengah-tengah highway ni. MekLing angkat kaki kanan, ganti kaki kiri. Drive slow je. Kiri lori. Kanan kereta speeding. Giler berdebar.

Lepas kejadian tu, sampai je rumah, lepas Maghrib terus ajak BangMir pergi Klinik Panel pula. Inform pasal kejang, sakit pinggul tempat jatuh sekali. Kadang sampai tak boleh bangun. Tak rasa kaki. Keras je.

Doktor tu boleh senyum?!

Lepas tu, dia cakap tu normal. Memang baca normal. Tapi macam kerap sangat kot ni doktor. Sampi drive pon bahaya. Takut. *sedih

Dia pon explain, tu perkara normal buat ibu hamil. Nak-nak bila dah masuk third trimester. Baby makin membesar. Baby perlu lebih kalsium. Tapi bila ibu supply kurang kalsium. Jadilah macam tu.

Tapi. Tapi. MekLing cakap dia MekLing dah minum susu kot. Susu ibu mengandung tu. Dia cakap tu tak cukup. Kena lebih lagi. Baby dah makin besar. Nak lagi dan lagi.

Alaa.

Zasss masa tu terus MekLing teringat MekLing ada stok pil kalsium dari Shaklee yang beli masa belum kahwin dulu.


Terus tanya doktor time-time tu jugak. Boleh tak nak makan pil kalsium? Yang Shaklee punya? Doktor tu kata boleh. Tak da masalah. Bagus. Elok.

Alhamdulillah. Lepas tu MekLing amal makan pil kalsium Shaklee tu jela. Ostematrix. Tapi time tu tak konsisten pon. Bila rasa sakit ke lenguh ke. Baru la nak telan.

Alhamdulillah lah, lepas start amal pil tu, tak kena kejang-kejang dah. Yang bahagian pinggul sakit tu pon makin surut. Dah reda. Syukur sangat ada stok Ostematrix masa tu.

Lepas bersalin, MekLing pon lupa dah heih pasal Ostematrix tu. Cuma akan ingat balik bila sakit ke, lenguh ke lepas dah sakan berjalan. Baru la nak telan.

Tidur, Bangun pagi esok, segar balik. Mujur 1 botol tu boleh tahan lama juga. Heeee.

Sampai lah, sekarang. Mengandung lagi. Nanti MekLing sambung part 2 pula okay untuk pengalaman baby second ni. Apa jadi kat pinggang dan punggung tempat jatuh tu bila dah masuk trimester ketiga. Tunggu tau.





No comments:

Post a Comment